walau pun aku senyum bukan bererti aku selalu bahagia dalam hari
walau pun aku nampak lemah bukan bereti aku tiada kekuatan dalam diri
walau pun aku marah tak bermakna aku tak sayang
walau pun aku lembut bukan bererti aku boleh disakiti
kau harus tahu,
walau pun aku sihat tak bermakna aku tak merasa sakit
walau pun aku diberi hidup bukan bermakna aku takkan merasa kematian
walau pun aku bukan insan yang terbaik bukan bereti aku tak berusaha
walau pun aku sepi bukan bererti Allah tiada di sisi
kau perlu tahu,
walau pun aku tak cinta tak bermaksud aku tak rindu
walau pun aku susah tak bermaksud akan selama nya
walau pun aku miskin bukan bermaksud aku miskin dalam budi bahasa
walau pun aku bergaul bukan bermaksud tiada batasnya
kau patut tahu,
walau pun aku buta tapi aku masih nampak keindahan Allah
walau pun aku lemah pengetahuan tapi aku masih pandai untuk menilai
walau pun aku aku derita tapi aku tahu pasti ada bahagia
walau pun aku tahu dalam dunia ada cinta, cinta Allah itulah SEJATI
:: sedarkah kita, apabila Allah menurunkan hujan, pasti akan ada pelangi yang tiba mewarnai dunia selepas membasahi bumi.. begitulah dalam kehidupan..dalam duka pasti ada secebis bahagia..dalam bahagia kita harus beringat betapa bernilainya airmata.. Dalam berduka juga, jangan ingat kita sendiri kerana kite perlu ingat Allah sentiasa hadir bersama hamba-Nya walau kita terlupa kepada-Nya ::
No comments:
Post a Comment