NUR HALIZAH BINTI MD. TAIP
NOVEMBER 26
DIP. AKAUNTANSI
POLITEKNIK SEBERANG PERAI, PULAU PINANG
SUBANG, SHAH ALAM
:: SK SUBANG
:: SRA SUBANG
:: SMK SUBANG
:: PLKN KAT TAPAH
:: KOLEJ MENARA JAYA, KAMPAR, PERAK

Tuesday, August 23, 2011

Butiran Mutiara itu Airmata Kamoo



Sekadar ingatan...




Menangislah sahabat,
Kerna air mata adalah bicara yang terindah...

Air mata terindah lahir,
Bilamana kamu terpisah dengan kemaksiatan,
Bilamana kamu bertaubat dengan jiwa penyesalan,
Tika dirimu mengusir kawan-kawan yang buruk perangai,
Tatkala itu kamu pasti merasakan titisan air hangat dipipimu...

Dan bilamana dirimu meraih tangan,
Insan bergelar sahabat,
Tanpa dirimu sedari pipi dibasahi,
Butiran mutiara yang sangat indah...

Bilamana tercipta satu pertemuan,
Dan terungkai segala isi hati,
Terungkap sebuah jalinan persahabatan,
Tapi tibanya saat perpisahan,
Detik ini pasti akan terjadi,
Titisan hangat pasti akan menemani diri,
Kerna pertemuan dan perpisahan adalah lumrah alam...

Bertemu dan berpisah kerana Allah,
Bisa melahirkan rantai-rantai perjuangan,
Pergimu menyebarkan wangian jannah,
Moga dunia ini akan berbau haruman syurga...

Tetapi sedarlah sahabat,
Saat dirimu menghadap Rabbul Izzah,
Mutiara indah yang hadir menemani dirimu tika itu,
Itulah air mata yang paling bernilai,
Ia bisa menjadi perisai untukmu...



Saturday, August 20, 2011

Ramadhan Akan Pergi

Seminggu lagi ramadhan kan berlalu
Hati ku rindu dan sayu
Syawal kan menjelang tiba
Jiwa ku terasa hiba
Apakah ibadat ku akan diterima
Pada Illahi ku serah kan segalanya
Ramai teman bersedia raya
Buat persiapan sini sana
Kelak nanti kita kan bersama
Menyusun sepuluh jari,maaf ku pinta


Dah lame gile tak entry blog ni, berhabukkk betoll. .fuhhh. .fuhhh. .fuhhh. .hee~ mane tak nye, tak rajin la pulakkk. .lately, busy with my LI. .hahaha. .tahu tahu dah nak raye yee. .

Pejam celik, pejam celik. .kejap je mase tu berlalu. .perggghhh. .rase macam semalam start pose. .sedangkan dah lalui bape hari dah. .now. .dah nak masuk 21hari. .aku sayu sangat bile kenangkan ramadhan kali ni dan yang lepas lepas. .tahla. .hanya aku dgn Allah je yang tahu. .btw, tahun ni aku sambut bulan ramadhan dalam situasi bekerja di company. .okla, not bad. .duk dgn family kan. .yang ok sangat tahun ni, xla penat sangat berpuase sbb duk keje dalam opis. .keje duk dgn filing, key in, and do somethings yang diarahkan la. .

hee :) aku nak share kat korang. .bulan puase ni, kat opis aku syokkk woo~
waktu rehat, lau ade mase sebelum kitorang solat zohor, kitorang ade tadarus Al-Quran. .tu pun lau pakcik Man ade. .yang pergi pun, xramai. .juz kat level aku je yang buat. .department aku yang salu ade. .terutama cik Sham. .banyak benda aku blaja kat opis ni. .lau ari ari tertentu, akan ade tadarus, tapi hari rabu, kat company ni, ade ceramah. .dorang invite ustaz dr luar. .HANYE BULAN PUASE je taww. .alaaaa. .pasni, mesty dah xde dah. .last week, at my company, invited Ust. Halim Din. .syookkkk woo~ tarak ngantuk itu ceramah. .kelakar je. .hilang penat dan ngantuk dgr ceramah die. .

banyak benda aku dapat beb dalam bulan puase kat opis aku ni. .lau mase tadarus, dapat perbaiki dr segi bacaan. .hukum tajwid tu, ok la. .cume kadang kadang tu, ade yang terkucil, sbb tak sangke. .ade gak yang silap dr care sebutan tu. .pakcik Man la yang banyak tunjuk ajar dan bg teguran. .dalam tadarus ni wei. .bukan setakat bace gitu. .siap ade tafsiran kitorang akan translate. .satu baris ayat, satu tafsiran. .

baguihhh tak wei. .? hehe :) tu la, dalam membaca dapat la faham ape yang dibace. .dan kitorang akan rungkaikan bersame. .pakcik Man la yang akan described more detail kat kitorang. .mane ley share pendapat, kitorang ambil jadikan pedoman bersama. .

siuttt je beb. .ramadhan dah nak berlalu. .aku tak puas lagi dgn ramadhan kali ni. .sampai xde feel langsung nak raye. .lau orang lain sebok sebok je nak preparation for raye, aku?? xde doe. .biase biase je. .ntah kenape pun aku tak tahu. .neway, experience puase kali ni. .not bad. .memories can't i forget it. .

Ramadhan kali ni gak, aku rindoo sangat kat kedua arwah atok aku, dgn nenek belah mak aku. .nenek aku tu, aku tak pernah jumpe. .sayu la bile raye nak tinggalkan aku. .


p/s : segale yang baik datang dari Allah. .yang kurang itu dari kelemahan diri ini. .banyak benda yang aku kena perbaiki. .bulan puase bulan ibadat. .tapi aku masih merasekan. .banyak yang aku perlu kejar redhaNya. .

Saturday, August 13, 2011

BetOi Ka??

Bila pompuan tengah marah marah
Lebih baik lelaki buat tak endah
Sebab kalau jawab pun tadak faedah
Kerana pompuan takkan mudah mengalah

Bila pompuan tengah naik hangin
Baik lelaki jangan ambik pusing
Kerana jika lelaki turut sama melenting
Pompuan akan bertambah bising bising

Bila pompuan marah marah lagi
Lebih baik lelaki diamkan diri
Sebab kalau lelaki turut sama berkelahi
Pompuan akan bertambah marah sampai tak sedar diri

Bila pompuan masih dok sakit hati
Baik lelaki pujuk dengan muka manis berseri
Kerana silap pujuk pompuan akan bertambah benci
Alamatnya jenuh la lelaki dok makan hati

Bila pompuan tengah dok berang berang
Baik lelaki jangan dok cakap sebarang
Lagipun masa inilah lelaki ada peluang
Tengok pompuan dah jadi tak macam orang

Buat semua kaum lelaki di luar sana
Sila tumpukan perhatian anda
Sebab ini adalah fakta benar lagi nyata
Kalau bergaduh ngan pompuan, lelaki takkan menang punya!